KUALA LUMPUR: Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP) menggalas misi besar apabila menyasarkan lebih 50 pingat emas selain menempatkan diri dalam kelompok tiga terbaik di Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 berlangsung pada 17 hingga 24 Ogos ini.
Pengarah MSWP Nik Ahmad Zahiruddin Nik Saleh berkata lebih 1,000 atlet Wilayah persekutuan (WiPers) telah didaftarkan menyertai kesemua 37 acara dipertandingan, bagaimanapun saringan akan diadakan bagi memilih 650 hingga 700 atlet terbaik pada Julai ini.
"...dari segi sasaran, kita ada dua sebenarnya. Satu sasaran di pihak persatuan dan satu lagi sasaran kami sendiri dan saya rasa untuk lebih selamat, insya-Allah antara 50 hingga 60 pingat emas. Bagaimanapun itu bergantung kepada prestasi semasa atlet.
"(Manakala) kalau berdasarkan kenyataan oleh Menteri Jabatan Wilayah, sasarannya adalah lima terbaik tapi kalau ada rezeki kita cuba ke tiga terbaik," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Pada SUKMA 2022, Wilayah Persekutuan menamatkan saingan di tempat ketiga keseluruhan selepas mengutip 187 pingat terdiri daripada 55 pingat emas, 68 perak dan 64 gangsa.
Sementara itu dalam perkembangan lain berhubung kemelut Persatuan Berbasikal Kuala Lumpur (KLCA) membabitkan bekas presiden Datuk Razlan razali dan jurulatih KLCA Datuk Ng Joo Ngan, beliau berkata satu pertemuan akan diadakan dengan KLCA dan ibu bapa dalam masa terdekat.
"Dari segi penyalahgunaan itu kami masih menunggu laporan rasmi daripada penyelaras dan saya tidak mahu menuding jari menyalahkan mana-mana pihak. Kita tunggu hasil siasatan nanti ataupun hasil pertemuan antara ibu bapa dengan persatuan," katanya.
Sebelum ini, beberapa ibu bapa pelumba KLCA membuat laporan ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas mendakwa terdapat isu kebajikan terutama soal elaun pelumba dan juga pelbagai masalah lain melanda badan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 02 2024
Pada SUKMA 2022, Wilayah Persekutuan menamatkan saingan di tempat ketiga keseluruhan selepas mengutip 187 pingat terdiri daripada 55 pingat emas, 68 perak dan 64 gangsa. - Gambar fail/Bernama
Saya nampak bumbung jatuh timpa kereta - Penduduk Apartment Putra Ria
Santha Kumari berkata rumahnya di tingkat 20 tidak terkesan namun cermin belakang sebuah kereta milik adiknya pecah akibat kejadian itu.
Tabung Hidupan Liar Sedunia saman Norway rancangan perlombongan dasar laut
WWF percaya keputusan berkenaan dibuat berdasarkan penilaian kesan strategik yang tidak memenuhi syarat minimum.
Pendaki wanita Nepal cipta rekod tawan Gunung Everest tiga kali dalam satu musim
Bekas wartawan foto berusia 33 tahun itu berjaya mencapai puncak ketiganya pada 5.50 pagi waktu tempatan pada Sabtu.
Manchester United juara Piala FA
Gol dijaringkan Garnacho pada minit ke-30 diikuti Kobbie Mainoo sembilan minit kemudian menafikan impian City menambah koleksi kejuaraan.
Speaker Pulau Pinang serah notis kekosongan DUN Sungai Bakap Isnin ini
Kekosongan kerusi terjadi susulan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff pada Jumaat kerana mengalami keradangan dalam perut.
Jururawat tidak sangka mangsa kemalangan sepupu sendiri
Petugas di Klinik Kesihatan Ayer Tawar itu berkata, menerusi panggilan diterima, kemalangan itu melibatkan sembilan mangsa cedera.
Liga Super: JDT belasah KL City 5-1
Keputusan itu memberi skuad Harimau Selatan tiga mata penuh untuk berada di tangga teratas carta liga dengan keseluruhan sembilan mata.
Wan Arif-Roy King tumpas kepada pilihan kedua dari Denmark
Wan Arif-Roy King ditewaskan pilihan kedua kejohanan itu menerusi permainan straight set 13-21, 19-21 dalam masa 43 minit.
Pemimpin tertinggi PBB akan hantar keputusan ICJ mengenai serangan israel kepada Majlis Keselamatan
Guterres akan menghantar notis langkah sementara yang diarahkan ICJ kepada Majlis Keselamatan untuk tindakan.
29 jemaah dirawat di tanah suci kerana pelbagai penyakit
Setakat 23 Mei 2023, daripada 12,686 jemaah haji Malaysia yang tiba di Mekah dan Madinah, 29 daripadanya dirawat di Hospital Arab Saudi, Pusat Rawatan TH Mekah dan Pusat Rawatan Madinah disebabkan pelbagai penyakit, antaranya disebabkan cuaca panas.
'Menteri bebas rasuah berdasarkan pemantauan pihak berkuasa' - Anwar jawab Syed Saddiq
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman agar meneliti ucapannya berhubung barisan menteri Kabinet yang bersih daripada rasuah.
Tuntutan palsu: SPRM tahan lima penjawat awam di Sabah
Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy berkata kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
Dakwaan bukan Islam paling ramai rasuah, Sanusi perlu mohon maaf - Anthony
DAP mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan Muhammad Sanusi yang mengaitkan masyarakat bukan Islam sebagai pemberi dan penerima rasuah terbanyak.
Rasuah: Ramai terpalit, nak cari yang bersih cukup susah - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertekad tidak akan mengizinkan amalan rasuah melibatkan barisan menteri Kabinet di bawah kepimpinannya.
Jenayah rentas sempadan: Negara anggota FBINAA perlu ada set undang-undang seragam - Zahid
Kerjasama antara negara anggota mampu mengekang daripada membuka pintu untuk menyebarkan aktiviti haram, tegas TPM.
Kes Jana Wibawa: SPRM sedang kesan 'Datuk Roy'
Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi hari ini mengesahkan perkara itu.
Seorang penguat kuasa ditahan SPRM terima suapan RM1,800
Pegawai penguat kuasa ditahan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kerana disyaki menerima rasuah berjumlah kira-kira RM1,800.
Rasuah: Langkah gergasi untuk sebuah transformasi
Keputusan skor Malaysia yang jatuh 1 mata daripada tahun 2021 menunjukkan skor persepsi rasuah amat dipengaruhi oleh beberapa perkara.
Penjawat awam berdepan 16 pertuduhan terima rasuah RM45,000
Seorang penjawat awam dihadapkan ke Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu di sini hari ini atas 16 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM45,000, pada tujuh dan enam tahun lalu.
SPRM tahan lelaki terlibat kes penipuan bernilai RM730,000
Seorang lelaki ditahan SPRM Sabah dipercayai terlibat dengan satu penipuan bernilai RM730,000.